• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Daripada 3 Suspek Diburu Ditahan Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang daripada tiga suspek yang melarikan diri ketika serbuan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Polis Diraja Malaysia di Kuala Kedah semalam telah ditahan awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata lelaki berumur 34 tahun daripada Kuala Lumpur itu ditahan di sebuah hotel di Pulau Pinang pukul 4 pagi tadi.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lebih 15 rekod jenayah termasuk kekerasan.

“Dua lagi suspek masih lagi bebas dan kita masih memburu mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 11.54 pagi semalam, tiga suspek yang menaiki kenderaan curi jenis Honda City melarikan diri daripada serbuan polis dengan melanggar beberapa kenderaan termasuk kenderaan dinaiki anggota STAFOC yang cuba menahan mereka di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah.

Ketiga-tiga suspek yang dipercayai anggota sindiket curi kenderaan mewah kemudiannya bertindak mencuri sebuah kereta jenis Proton Persona di sebuah stesen minyak di Pendang dan melarikan diri ke arah Pulau Pinang.

Suspek kemudian meninggalkan kenderaan tersebut di Juru, Pulau Pinang dan mencuri sebuah lagi kereta jenis Volkswagen di Showroom Autocity kira-kira 2.30 petang. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd