Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

Peruntukan Bajet Perlu Disalur...

SEMPORNA - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Bajet 2016...

Polis Tumpaskan Geng Pecah...

SHAH ALAM - Polis Selangor yakin dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah...

Christina Aguilera Kongsi Gambar...

BINTANG terkenal Hollywood, Christina Aguilera berkongsikan gambar separuh bogel dirinya menerusi laman sosial...

Kerajaan Cari Kaedah Baharu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mencari kaedah baharu bagi memastikan pengguna tidak mudah...

Segerakan Tindakan Tangani Masalah Pelaksanaan GST

BUKIT MERTAJAM – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan agensi penguatkuasaan supaya mengambil tindakan segera menangani masalah dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kata Muhyiddin, beliau telah bercakap dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek supaya langkah perundangan dan penguatkuasaan dapat dilakukan segera.

“Kalau lama sangat orang tak lihat orang yang langgar undang-undang dikenakan hukuman yang setimpal,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara di sini hari ini. Katanya masalah pelaksanaan GST berlaku disebabkan kekeliruan kerana GST yang dilaksanakan di Malaysia melibatkan tiga kategori.

“GST yang kita buat ada pengecualian, ada zero rated (berkadar sifar) dan tak dikenakan GST. Tak ada negara di dunia yang buat GST macam Malaysia. Malaysia buat cara kita sendiri. Di lebih 160 negara yang laksanakan GST, tak ada pengecualian, semua dikenakan (GST). Itu kelebihan kita,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori