• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Yang Ditendang, Dipukul Terlebih Dahulu..”

oleh AK-47
03/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

INSIDEN pergaduhan di sebuah stesen minyak di Shah Alam baru-baru melibatkan sekumpulan gadis dengan seorang pemandu teksi telah menjadi viral dan mencetus perdebatan hangat di kalangan netizen.

Pemandu teksi terbabit, Azmi Mat Mokhtar didakwa menggunakan kekasaran terhadap salah seorang gadis terlibat namun hari ini menerusi Harian Metro, Azmi, 45, berani bersumpah mengatakan bukan dia yang terlebih dahulu menggunakan kekasaran dalam pergaduhan itu.

Cerita Sebenar Kes Amukan Sekumpulan Gadis Di Shah Alam

“Sebenarnya apa yang didakwa mereka (kumpulan gadis itu) tidak benar malah saya berani bersumpah dengan nama Allah SWT saya ditendang dan dipukul dahulu,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku di Seksyen 7, Shah Alam itu, dia dan isteri dalam perjalanan menemui anak saudaranya yang belajar di sebuah universiti berdekatan.

Azmi menceritakan, kumpulan gadis itu terlebih dahulu melanggar bahagian hadapan teksinya sebelum pergaduhan mulut berlaku di antara mereka.

Driver Teksi Nafi Ada Berkasar, Dakwa Difitnah Gadis MyVi

Sementara itu, bapa kepada salah seorang wanita yang terlibat berkata pihaknya akan membawa perkara itu ke muka pengadilan selepas membuat laporan polis.

Syed Fareid Yahya berkata, “Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada anak saya berada di pihak yang benar atau sebaliknya. Biar polis siasat terlebih dulu.

“Biarlah kalau pemandu teksi itu mahu menuduh tapi tak semestinya saya mahu menuding jari kepadanya. Perkara yang berlaku juga membabitkan kes jenayah dan setakat ini saya sekeluarga masih belum membuat perancangan untuk menarik balik kes mahu pun berdamai,” katanya.

Semalam, Mynewshub ada melaporkan seorang individu mendakwa rakan sepejabat pemandu teksi yang terbabit dalam pergaduhan yang viral di laman sosial itu tampil menafikan bahawa pemandu teksi yang dikenali sebagai Cikgu Azmi, ada berkasar dengan kumpulan gadis yang bertengkar dengannya dalam rakaman yang tersebar.

– MYNEWSHUB.CC

NSTP
Bapa kepada salah seorang wanita yang bergaduh dengan pemandu teksi, Syed Fareid Yahya bersama peguam mereka, Sarah Mohd Ali.

https://www.youtube.com/watch?v=Xq0QJwFQyog

Tags: viral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Wanita Bertudung Diminta Masak ‘Babi Panggang’

02/11/2021
0

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang. Lapor Suara.com, komen itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd