• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Masih Kekurangan Doktor – Dr Jerip

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak masih kekurangan doktor dan nisbah kumpulan berkenaan dengan pesakit di negeri ini adalah 1:1104, kata Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak Datuk Dr Jerip Susil.

Beliau berkata cabaran utama dihadapi dalam penyediaan perkhidmatan perubatan di negeri ini adalah untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.

“Ini memerlukan lebih ramai pegawai perubatan dan pakar ditempatkan di hospital dan klinik kesihatan di seluruh Sarawak dengan kemudahan kesihatan yang lengkap dan mencukupi,” katanya ketika menjawab soalan Hazland Abang Hipni (BN-Demak Laut) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Pada masa ini, Dr Jerip berkata sebanyak 2,237 doktor berkhidmat di Sarawak dan daripada jumlah itu, 1,759 bertugas di hospital dan klinik kerajaan, manakala 478 di hospital dan klinik swasta.

Beliau berkata 30 peratus daripada doktor berkenaan adalah dari Semenanjung Malaysia.

“Disebabkan kekurangan doktor di negeri ini, maka Kementerian Kesihatan menggalakkan lebih ramai doktor dari Semenanjung Malaysia untuk datang berkhidmat dan tinggal lebih lama di negeri ini,” katanya.

Dr Jerip berkata doktor dan pakar perubatan yang berkhidmat di negeri ini akan menerima elaun khas dan memperoleh kenaikan pangkat lebih cepat.

“Bagaimanapun kaedah ini ada kebaikan dan keburukan kerana biasanya doktor dari Semenanjung Malaysia yang mendapat kenaikan pangkat ketika bertugas di negeri ini akan segera memohon kembali ke Semenanjung Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian Permodenan Pertanian Sarawak Tan Sri Alfred Jabu ketika menjawab soalan Mohammad Razi Sitam (BN-Saribas), berkata terdapat tiga Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak bermula 2009.

Katanya setakat ini, 29 peserta terlibat dengan tanaman seperti pisang, betik serta sayur-sayuran dan mengikut laporan Jabatan Pertanian Sarawak, jumlah pengeluaran hasil tanaman meningkat pada Januari hingga Ogos 2014. – BERNAMA

Tags: doktorsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd