Sample Page Title

KOTA KINABALU – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memuji kerajaan negeri kerana berjaya melakukan yang terbaik dalam bidang pengurusan kewangan dan pentadbiran sepanjang tahun 2014 bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negeri itu.

Juhar berkata di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kerajaan negeri berjaya mempelbagaikan sumber ekonomi secara konsisten sehingga menjadikan Sabah terus makmur, maju dan mendapat pujian komuniti antarabangsa.

“Tahun 2014 adalah tahun keempat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan merupakan tahun kritikal untuk menyiapkan projek-projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan di bawah RMK-10. Pada tahun itu, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.2 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan terutama projek-projek infrastruktur,” katanya.

Juhar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Katanya sepanjang tahun 2014, kerajaan persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2.6 bilion untuk melaksanakan pelbagai jenis projek infrastruktur, kesihatan, pendidikan keselamatan serta projek bagi merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara bandar dan luar bandar.

Menurut Juhar, inisiatif berkenaan menunjukkan kesungguhan dan sokongan padu kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri untuk melonjakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.


Juhar berkata di bawah kepimpinan Musa, aktiviti ekonomi sektor swasta kekal aktif melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi bagi menjana peluang pekerjaan masa hadapan seperi projek Dalit Bay Integrated Tourism Resort, Sabah International Convention Centre, International Technology and Convention Centre, Tawau Green Energy, Jesselton Water Front, Sabah Ammonia and Urea (SAMUR) dan penternakan udang di Telaga, Pitas.

“Pada tahun yang sama, kita juga menyaksikan pelancaran pelbagai pembangunan hartanah terutama hartanah kediaman dan komersial dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM3.7 bilion,” katanya.

Mengenai pembangunan sektor pelancongan di Sabah, meskipun dicemari dengan insiden penculikan di kawasan pantai timur Sabah, Juhar bangga dengan langkah agresif kerajaan negeri mempromosikan produk-produk pelacongan baharu namun berharap masyarakat turut memainkan peranan mewujudkan persekitaran bersih dan kondusif untuk menarik lebih ramai pelacong. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sabah

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

MOF, MIDA Teliti Insentif Khusus Pelaburan DNeX, Foxconn

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang meneliti...

Mahkamah: Lelaki Dituduh Tetak Jaga Berdepan Hukuman Mati

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja kampung berdepan hukuman mati selepas dihadapkan...

706 Notis Saman Sepanjang 8 Hari Ops Lejang

Ipoh : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 706 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan...

Israel, Palestin Umum Gencatan Senjata

GAZA : Israel dan kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin mengumumkan gencatan senjata dengan harapan...

2,728 Kes Baru, Enam Lagi Kematian Covid-19

Sebanyak 2,728 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,708,552.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah kes...

Pemansuhan UPSR, PT3 Jadikan PBS Lebih Berkesan

KUALA LUMPUR : Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Jumpa Bom Lama Di Tapak Projek ECRL

KUANTAN - Sebutir bom lama dipercayai jenis Trench Mortar HE 2inc yang ditemui di...