• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumer Dedah Pernah Dibuli Sebab Tak Cantik Macam Ibunya

oleh AK-47
08/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMEMANGNYA bukan mudah menjadi anak kepada pasangan selebriti terkenal lebih-lebih lagi di Hollywood.

Itulah yang terjadi kepada anak pasangan Bruce Willis dan Demi Moore, Rumer yang mengakui dia pernah dibuli ketika zaman remajanya, hanya disebabkan tidak cantik seperti mana ibunya.

Rumer, 27, mendedahkan pengalaman pahitnya itu dalam program realiti Dancing with the Stars yang disertainya, baru-baru ini.

Menurut Rumer, orang ramai sering kali membuli wajahnya yang kelihatan sangat maskulin jika dibandingkan dengan wajah jelita yang dimiliki ibunya.

“Orang di luar sana sering kali membandingkan wajah saya dengan ibu, yang mana mereka mengatakan wajah saya lebih kelihatan maskulin seperti bapa jika hendak dibandingkan wajah menawan yang dimiliki ibu saya.

RUMER1
Rumer dan ibunya, Demi Moore.

“Dan selama bertahun-tahun saya berfikir mungkin saya boleh membuat pembedahan plastik untuk menghentikan cakap-cakap orang itu tapi nasib baik saya tidak melakukannya.

“Bila anda membesar sebagai anak kepada pasangan selebriti yang dikenali ramai dari seluruh dunia, pastinya kita tidak dapat lari daripada perhatian pihak media dan majalah tabloid, ianya sangat sukar.

“Semasa meningkat remaja, saya sentiasa berada janggal (dengan semua perhatian yang diberikan sebagai anak selebriti), saya tak rasa saya selesa dengan tubuh badan dan wajah saya hanya disebabkan kata-kata ‘jahat’ orang di luar sana,” katanya.

Rumer merupakan anak sulung Willis dan Moore.

Pasangan itu turut mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu, Scout La Rue Willis, 24, dan Tallullah Belle Willis, 21.

Willis dan Moore berpisah selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga pada 1987. – MYNEWSHUB.CC

rumer2
Rumer membeli-belah bersama-sama adik perempuan dan bapanya.

Oleh: JULIANA JOHAR
https://www.youtube.com/watch?v=zJ_iZneXXBI

Tags: myArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd