• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ruang Perniagaan Umpama JPO Di KLIA

oleh AK-47
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 28 April — Kerajaan meluluskan satu lagi ruang
perniagaan mewah menjual barangan premium, Mitsui Outlet Park, terletak
berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata inisiatif di bawah Bidang
Ekonomi Utama Negara (Pelancongan) itu bagi merancakkan lagi sektor
pelancongan Malaysia.

Beliau berkata projek tersebut bakal menjadi kompleks ruang perniagaan
terbesar di Asia Tenggara.

“Pelancongan merupakan penyumbang keenam tertinggi kepada ekonomi Malaysia
pada 2014.

“Tidak hairanlah, ini berikutan jumlah pelancong meningkat sebanyak 6.7
peratus yang membawa kepada hampir 28 juta orang sempena Tahun Melawat Malaysia
2014,” katanya pada Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi
(ETP) 2014 di sini hari ini.

Najib berkata kompleks itu dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun
ini.

“Diharap, outlet ini akan mengulangi kejayaan yang dicapai oleh Johor
Premium Outlets, yang kini telah beroperasi selama hampir empat tahun,” katanya.
— BERNAMA

Tags: ETP 2014
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTP Pada Landasan Tepat Dalam Kembara 5 Tahun

30/04/2015
0

KUALA LUMPUR -- Program Transformasi Kerajaan (GTP) berada pada landasan yang tepat dan memberi impak positif kepada jutaan rakyat Malaysia...

Pencapaian GTP, ETP Beri Impak Besar – Muhyiddin

28/04/2015
0

KUALA LUMPUR -- Kejayaan mencatat pencapaian melebihi sasaran menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membuktikan program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd