SEJAK bergelar isteri, semakin murah rezeki pelakon Yana Samsudin ni.
Selain masih aktif berlakon, Yana juga dilihat semakin rancak terlibat dalam bidang pengacaraan.
Mengulas mengenai hal itu, Yana berkata dia ingin menyahut cabaran kerana mahukan kelainan dalam cabang kerjayanya.
“Jia dilihat ramai pengacara sekarang juga dari latar belakang berlainan. Jadi saya juga ingin menceburi bidang lain bagi memperluaskan pengalaman. Namun demikian, saya masih aktif dalam lakonan,” katanya memetik Harian Metro.
Terbaharu, pelakon cantik manis itu akan terlibat sebagai hos dalam program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang bersama-sama AG Hot FM.
Sebelum ini, Yana dan AG juga pernah digandingkan sebagai hos bagi Festival Drama Kuala Lumpur yang berlangsung, bulan lalu.
Mengenai keserasian mereka berdua, Yana mengatakan dia tiada masalah untuk mengendalikan program bersama AG memandangkan penyampai radio Hot FM itu banyak membantunya dalam memberi tunjuk ajar mengenai hal-hal pengacaraan. – MYNEWSHUB.CC


