• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadilan Untuk Gadis Yang Dibunuh Di Kedah Tahun 2013

oleh Ahmad Albab
10/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki yang dituduh menyebabkan kematian seorang remaja perempuan di kawasan bendang terbiar dua tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Choo Ka Sing menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Firdaus Mohd Faridul, 20, setelah dia mengaku bersalah (pada 26 Mac 2015) atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian mengikut seksyen 304 (a) yang membawa hukuman penjara 30 tahun dan denda.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, iaitu 15 Jan 2014.

Tertuduh sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mohd Firdaus, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, di kawasan bendang terbiar di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar, Alor Setar antara 9.30 malam dan 11.30 malam, 29 Nov 2013.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian.

Dalam penghakimannya, Choo berkata, mangsa mati dalam keadaan terseksa, apabila kepalanya direndam di dalam air berlumpur.

Malahan, terdapat 300 mililiter air lumpur di dalam perut, dan juga di bahagian paru-paru mangsa.

Terdapat kecenderungan keganasan dalam perlakuan tertuduh, katanya.

“Mangsa tidak mati secara segera, mangsa berusaha mencari kekuatan untuk bernafas di dalam air yang berlumpur,” katanya.

Choo turut menasihatkan tertuduh agar bertaubat dan tidak melakukan kesalahan itu selain memulakan kehidupan baharu setelah selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib manakala tertuduh diwakili Burhanudeen Abd Wahid.

Pada 30 Nov 2013, mayat Noor Syafikah Nadia ditemui di kawasan bendang terbiar dalam keadaan tertiarap manakala mayat dua adiknya iaitu Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui dalam terusan MADA di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela pada 1 Dis 2013.

Sebelum itu mereka dikatakan keluar rumah pada 29 Nov dengan menunggang motosikal kira-kira 7.30 malam. – BERNAMA

Tags: kes bunuhremaja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd