• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Yakin Potensi Pengangkutan Awam

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan ke arah mempunyai perkhidmatan‎ pengangkutan awam yang terbaik menjelang Wawasan 2020 hanya boleh dicapai melalui keyakinan bersama oleh semua orang.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz berkata, orang ramai‎ termasuk pemegang saham perlu bersedia untuk melihat pengangkutan awam secara lebih positif dan maju dengan menunjukkan sikap lebih bertanggungjawab.

“Kita juga perlu mempersiapkan diri untuk memastikan pengangkutan awam tidak sama seperti apa yang telah dilihat, baru-baru ini.

“Sebelum ini, apabila kita bercakap mengenai pengangkutan awam, semua orang berkata ia adalah tanggungjawab kerajaan…ya itu betul, tetapi tidak bermakna kita harus menunggu peruntukan kerajaan bagi memastikan ia terlaksana,” katanya pada ceramah bertajuk ‘The Rail Challenge – Taking A City From Good To Great’ di sini, semalam.

Azmi berkata Prasarana juga turut cuba memahami harapan generasi akan datang tentang pengangkutan awam kerana mereka bakal memasuki tenaga kerja.

“Ia adalah fenomena global yang mana harapan mereka selalunya berbeza…Ini adalah beberapa faktor yang kami akan perhalusi lagi agar ia lebih menarik agar pengangkutan awam pada masa depan dapat memenuhi sasaran pasaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata sehingga kini, 62 peratus projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) telah selesai.

“Mungkin ada isu-isu tertentu di sana sini ketika pelaksanaannya tetapi ia mengikut seperti yang dijadualkan,” katanya memberi jaminan. – BERNAMA

Tags: Kumpulan Prasarana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

545 Layak Undi Awal PRK Rompin Hari Ini

Next Post

Pahang Hidupkan Peluang Ke Pusingan Kedua Piala AFC

Related Posts

CEO MRT, CFO MAB Disebut Bakal Ganti Bellew

18/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Spekulasi mula berputar mengenai siapa yang bakal mengambil alih syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) berikutan berita...

LRT3: MRCB GK Rujuk JAIS, MPK Berhubung Isu Tanah Perkuburan

20/09/2016
0

SHAH ALAM - MRCB George Kent (MRCB GK), rakan pelaksana projek jajaran Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) telah berhubung...

Next Post

Pahang Hidupkan Peluang Ke Pusingan Kedua Piala AFC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd