Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

KTMB Beri Tambang Diskaun...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi tambang diskaun sebanyak 50...

Karyawan Dakwa Badan Kutipan...

KUALA LUMPUR - Ramai artis tidak berpuas hati dengan bayaran royalti yang mereka...

“Saya Hanya Mahu Tuntut...

AWAL bulan lalu, heboh mengenai kisah dua orang artis yang berjaya ditipu oleh...

Budayakan Sains & Inovasi,...

ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa masyarakat menjadikan...

545 Layak Undi Awal PRK Rompin Hari Ini

ROMPIN – Sebanyak 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula 8 pagi ini.

Mereka terdiri daripada 285 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 260 anggota polis.

Proses pengundian berlangsung di empat saluran mengundi iaitu di Dewan Sri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

Pusat mengundi di Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek, Tioman akan ditutup pada 2 petang ini manakala pusat mengundi di Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam dan IPD Rompin akan ditutup pada 5 petang.


PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu. – BERNAMA

https://youtu.be/O1Ndy8e4Nqc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori