Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Kukuhkan RCEP Untuk Kebangkitan...

KUALA LUMPUR - Perhubungan perdagangan antara Asean dan China perlu terus dipertingkatkan bagi...

Real Madrid Tagih Kembali...

BERKEMUNGKINAN besar khabar angin mengatakan bintang bola sepak Real Madrid, Gareth Bale berhijrah...

Kerajaan Kekal Unjuran KDNK...

PUTRAJAYA - Kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.8% bagi...

Anak Trauma Ibu Bapa...

GENEVA - Sepasang suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah di Switzerland kerana menyebabkan...

LRT3: MRCB GK Rujuk JAIS, MPK Berhubung Isu Tanah Perkuburan

SHAH ALAM – MRCB George Kent (MRCB GK), rakan pelaksana projek jajaran Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) telah berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan berhubung isu Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang.

Pengarah Projek LRT3, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datin Norlia Noah berkata MRCB GK telah berhubung dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk memastikan kerja-kerja dilaksanakan dengan perbincangan serta penjagaan teliti.

“Berdasarkan nasihat daripada pihak berkuasa, satu notis telah diletakkan untuk mendapatkan butir-butir saudara-mara dan waris mereka bagi kubur-kubur tersebut. Ini bertujuan menjalankan bancian dalam membuat pertimbangan mengenai kaedah pembinaan bagi jajaran di kawasan ini.

“Semua urusan dan penglibatan bersama waris dan saudara-mara akan dilakukan dengan sewajarnya dan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan dalam melaksanakan kerja-kerja ini. Ini adalah untuk memastikan bahawa penjagaan dan penghormatan diberikan dalam dan semasa kerja-kerja pelaksanaan ini dimulakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 18 Sept lepas, kira-kira 100 waris mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu meminta jajaran projek LRT3 dialihkan kerana didakwa merentasi kawasan kubur itu.


Dakwa kumpulan waris itu lagi, rentasan itu dilihat menyentuh sensitiviti penduduk berikutan ia akan menyebabkan 200 kubur di tanah perkuburan yang telah wujud kira-kira 100 tahun lepas terpaksa dialihkan. Laluan jajaran LRT3 akan bermula dari Taman Eng Ann, melalui Jalan Meru, stesen bas Klang Jalan Batu 3, Jalan Pasar, Jambatan Kota, persimpangan Simpang Lima dan berakhir di Johan Setia (berhadapan Bandar Parklands) dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020.

Projek itu merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, berkesan, bersepadu dan mampan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan kualiti hidup rakyat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori