• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden KAFA Umum Sedia Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyatakan kesediaan beliau meletak jawatan jika itu yang diingini oleh seluruh penyokong pasukan The Red Warriors (TRW).

Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan berbuat demikian selepas segala ikhtiar yang sedang dilakukannya untuk memperbaiki kedudukan pasukan Kelantan dalam Liga Malaysia musim tidak berhasil.

“Saya baca semua komentar terutama yang kutuk sana sini. Saya tahu ultras (Kelantan) cuba `chant’ kutuk KAFA, pemain dan saya tak terkecuali. Saya juga dengar suara untuk saya berhenti. Semua saya dengar dan redha.

“Insyaallah bila semua ikhtiar sudah diusahakan dan tak berjaya itu wajib kita lakukan. Buat masa ini beberapa lagi usaha mesti dan sedang di buat,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan TRW dikecam teruk peminat bola sepak Kelantan selepas pasukan itu kalah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 di Stadium Larkin semalam.

Annuar bagaimanapun menegaskan beliau akan tetap cuba membimbing TRW ke aksi separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia musim ini walaupun dalam keadaan kewangan KAFA yang tenat.

Kata beliau, jika misi itu gagal, beliau bersedia menyerahkan jawatan kepada mana-mana pihak yang lebih hebat untuk menjalankan kerja sukarela yang memerlukan perbelanjaan RM1 juta sebulan untuk bola sepak Kelantan.

“Demi jaga maruah kelantan tak perlu saya monopoli. Jemput tampil dan kita runding “baton” ini bila bila masa,” katanya.

Annuar dalam pada itu melahirkan kekesalan kerana menerima aduan daripada pemain senior Kelantan diatas sikap segelintir penyokong `menyerang’ emosi pemain terbabit selepas aksi hambar malam tadi

‘Saya amat faham budaya kita di Kelantan.Yang bercakap ramai dan yang bekerja kurang.Yang kutuk ramai yang menyumbang kurang.Yang meruntuh ramai yang membina kurang,” katanya.

Beliau menjelaskan, masalah yang dihadapi Kelantan musim ini sebenarnya berikutan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengubah format dengan membenarkan empat pemain import diturunkan dalam perlawanan. – mynewshub.cc

Tags: Annuar MusaTRW
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd