• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PR Lancar Jentera Pmtg. Pauh, Mana Pemimpin PAS Pusat?

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diumum akan dijalankan pada 7 Mei depan, pergolakan dalaman antara parti gabungan Pakatan Rakyat makin bergelora.

Buktinya, ketika PR melancarkan jenteranya untuk menghadapi PRK itu semalam, kelibat pemimpin PAS pusat tidak kelihatan.

Majlis yang diadakan di pusat khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Guar Perahu hanya dihadiri oleh pemimpin tertinggi PKR dan DAP.

[BERKAITAN: DAP Akui PRK Permatang Pauh Kali Ini Sengit]

15jentera2.transformed

Menurut satu sumber, PAS hanya menghantar Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang iaitu Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Walau bagaimanapun, dalam ucapannya pada majlis tersebut, Mujahid berkata, PAS tetap memberi sokongan “101 di belakang PR”.

Beliau turut menolak andaian sesetengah pihak bahawa PAS bakal membantu UMNO merampas kerusi tersebut dari PKR, sebaliknya berkata mereka akan terus komited bersama gabungan tersebut.

“Baru-baru ini saya ditanya pemberita untuk memberikan pendapat mengenai Umno meminta PAS membantu BN di Permatang Pauh. Saya jawab “Minta maaf. Jangan perasan kami teringin sangat”.

“Saya juga minta pemberita itu memberitahu Umno Pulau Pinang, kami akan pastikan Umno tewas dalam pilihan raya ini,” katanya.

Kerusi tersebut yang sebelum ini dimenangi Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa dikosongkan apabila beliau didapati bersalah dalam kes Liwat II.

Walaupun telah membuat petisyen pengampunan Yang Di-Pertuan Agong, ia kemudiannya ditolak membuatkan Anwar terpaksa menghadapi hukuman penjara selama lima tahun, sekaligus mengugurkan kelayakannya sebagai ahli parlimen.

– MYNEWSHUB.CC

PKR Akan Menang Kerusi Permatang Pauh Kerana Undi Simpati

https://www.youtube.com/watch?v=NskIerjAZVs

Tags: Anwar IbrahimPASPKRPRK Permatang PauhPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd