• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perlis Temui Sepucuk Pistol Di Kuala Perlis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Polis menjumpai sepucuk pistol dan 13 butir peluru di satu kawasan hutan bakau di Kampung Pulau Ketam di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata senjata itu ditemui pada pukul 4.30 pagi semasa sepasukan polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis membuat pemeriksaan berkaitan kegiatan dadah di kawasan terbabit.

Beliau berkata:”Apabila sampai di satu kawasan titi kayu yang menghala ke muara sungai di kampung berkenaan, pihak polis menemui satu guni berwarna putih terletak di bahagian bawah tangga titi kayu itu.

Katanya, setelah diperiksa didapati di dalam guni berkenaan terdapat sebuah beg kain yang sudah lusuh dan di dalamnya mengandungi sepucuk pistol, bagaimana pun jenisnya belum dapat dipastikan lagi.

Pemeriksaan lanjut ke atas pistol itu didapati di dalam ruang pelurunya terdapat enam butir peluru hidup dan dalam satu lagi bekas peluru berwarna putih terdapat tujuh butir peluru hidup yang juga berada di dalam beg kain itu.

Abdul Rahman berkata, hasil siasatan yang dijalankan dipercayai senjata api itu sudah lama berada di tempat ia ditemui dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat sementara siasatan masih dijalankan. – BERNAMA

Tags: Pistolpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd