• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Adakan Lawatan Kerja Ke Indonesia

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Indonesia bermula Khamis (23 April) bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika dan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Baru Asia-Afrika di Bandung.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, lawatan dua hari itu akan memberi peluang kepada Najib untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama dengan para pemimpin dari negara-negara Asia dan Afrika.

“Lawatan tersebut melambangkan sokongan dan komitmen berterusan Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara membangun yang lain, khususnya di Asia dan Afrika dengan satu tujuan iaitu untuk menggalakkan keamanan dan kemakmuran dunia menerusi kerjasama Selatan-Selatan,” menurut kenyataan itu.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Sambutan ulang tahun Persidangan Asia-Afrika dan Perkongsian Strategik Baru Asia-Afrika akan menghimpunkan ketua-ketua negara daripada 109 negara di Asia dan Afrika selain wakil-wakil dan pemerhati daripada 25 organisasi antarabangsa.

Sambutan memperingati ulang tahun itu akan didahului oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Asia-Afrika pada 20 dan 21 April, diikuti dengan Sidang Kemuncak Asia-Afrika bertema ‘Memperkukuhkan Kerjasama Selatan-Selatan untuk Menggalakkan Keamanan dan Kemakmuran Dunia’ pada 22 dan 23 April di Jakarta.

Anifah dan Ahmad Shabery akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Afrika. Tiga dokumen dijangka diumumkan pada akhir persidangan iaitu Mesej Bandung 2015, Deklarasi untuk mengaktifkan semula Perkongsian Strategik Baru Asia-Afrika dan Deklarasi Palestin.

Persidangan Asia-Afrika yang pertama dianjurkan bersama lima negara iaitu India, Indonesia, Myanmar, Pakistan dan Sri Lanka di Bandung, Indonesia pada 1955.

Persidangan ini melambangkan perkongsian aspirasi dan solidariti di kalangan negara-negara Asia dan Afrika yang baharu mencapai kemerdekaan dan bebas daripada penjajahan. – BERNAMA

Tags: IndonesiaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd