• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta Hasutan Cipta Rekod, Lulus Lepas 14 Jam Dibahas

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan dengan pindaan, mula dibahaskan pada 11.30 pagi Khamis, sebelum diluluskan pada 2.30 pagi ini berdasarkan undian suara.

Antara isu utama yang hangat diperdebatkan anggota Parlimen termasuk kekhuatiran akta itu menjurus kepada penyalahgunaan kuasa susulan definisi ‘kecenderungan menghasut’ dalam rang undang-undang itu, yang disifatkan kurang jelas dan boleh menjurus kepada penyalahgunaan oleh pihak berkuasa apabila akta itu diwartakan kelak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, bagaimanapun memberi jaminan bahawa penyalahgunaan tidak akan berlaku dalam penguatkuasaan akta tersebut kerana sesuatu kes akan dibawa ke mahkamah hanya selepas pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh.

Ini kerana, beliau berkata sekiranya seseorang ditangkap dan disiasat di bawah akta itu, tidak semestinya akan didakwa di mahkamah.

“Perkara itu bergantung kepada Peguam Negara, jika dia yakin ada kes baru, pendakwaan akan dibuat. Kita ada banyak kes di mana polis jalankan siasatan tapi pendakwaan tidak dibuat oleh Peguam Negara,” katanya.

Berhubung definisi ‘hasutan’, Ahmad Zahid berkata ia telah dinyatakan secara jelas di bawah rang undang-undang berkenaan.

Ahmad Zahid dalam hujahnya beberapa kali, menegaskan bahawa langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 adalah perlu demi melindungi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama bagi mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku di negara ini.

Ini kerana, katanya akta itu yang telah sekian lama digunakan terbukti keberkesanannya sebagai alat paling berkesan untuk menghadapi isu-isu berbaur hasutan dalam memastikan keamanan yang dikecapi selama ini akan terus terpelihara. – BERNAMA

Tags: Akta HasutanDewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd