• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persepsi Naik Pangkat Kerana Baik Dengan Bos Perlu Dikikis

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persepsi bahawa kenaikan pangkat seseorang penjawat awam kerana mereka mempunyai hubungan baik dengan ‘bos’, perlu dikikis, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya kenaikan pangkat penjawat awam adalah berdasarkan tiga faktor iaitu prestasi, perakuan ketua jabatan dan kekosongan, dengan perakuan ketua jabatan sering dipertikai.

“Kata mereka kalau baik dengan bos tentu mudah naik pangkat. Jadi perkara ini telah diperkatakan dengan begitu rupa.

“Kita kena ingat bahawa kita kena ada sesuatu yang harus kita pegang sebagai landasan untuk tujuan kenaikan pangkat,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Shahidan menjawab soalan tambahan Senator Mohd Khalid Ahmad yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang melaksanakan penstrukturan perjawatan baharu dan kenaikan pangkat penjawat awam setiap lima tahun sekali untuk meningkatkan profesion mereka.

Beliau berkata kenaikan pangkat penjawat awam dilakukan secara telus bagi memastikan semua pihak berpuas hati.

Menjawab soalan tambahan senator yang sama berhubung sama ada kerajaan membuka peluang kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang mempunyai ijazah sarjana muda untuk kenaikan pangkat, Shahidan berkata mereka perlu membuat permohonan untuk mengikuti skim baharu setelah jawatan itu dibuka.

“Mereka akan bersaing sama seperti orang lain. Cuma kelebihan yang besar, mereka telah bekerja dalam perkhidmatan berkenaan, jadi orang kata markah lebih kepada mereka untuk dapat pekerjaan.

“Ini kerana kita tidak boleh buat secara automatik. Kalau secara automatik habis semua orang dapat ijazah dan mereka minta naik pangkat secara automatik ia sesuatu yang cukup berat pada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Shahidan menyangkal dakwaan Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam bahawa semakan gaji penjawat awam kali terakhir dilakukan pada 1991.

Beliau menjelaskan semakan dan perubahan gaji penjawat awam dilakukan sebanyak lapan kali antara tahun 2000 hingga 2013.

Shahidan berkata antaranya pada tahun 2000, penjawat awam menerima kenaikan gaji sebanyak 10 peratus, 2002 (10 peratus) dan 2007 (3.5 peratus hingga 7.5 peratus) termasuk kenaikan pada tahun 2013.

Pengerusi ASLI itu dilaporkan mencadangkan suruhanjaya tetap ditubuhkan bagi membuat semakan gaji penjawat awam bagi setiap lima tahun dan mendakwa kali terakhir semakan gaji dilakukan pada tahun 1991. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd