• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Ceramah Mat Sabu 7 Mei

oleh Ahmad Albab
27/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan kepada 7 Mei kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Maziah Mansor kepada pemberita selepas kes itu disebut di hadapan Pendaftar Siti Sarah Abdul Rahim hari ini.

Maziah memberitahu tarikh itu ditetapkan untuk mahkamah menyerahkan nota keterangan kepada pihak pendakwaan dan pihak pembelaan bagi tujuan hujahan.

Pada prosiding hari ini Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin, tidak hadir di mahkamah kerana telah dimaklumkan lebih awal.

Mohamad, 60, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahMat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd