Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Budaya Kebersihan Tandas Jadi...

LANGKAWI - Budaya menjaga kebersihan tandas sekolah secara bersama akan cuba diterapkan mulai...

Tak Tahan Anak Kena...

BUKAN mudah bergelar selebriti kerana apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen...

Jimat RM38.5 Juta Setahun...

KUALA LUMPUR - Pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat jimat kos perbelanjaan...

761,263 Individu Lengkap 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 761,263 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi...

Penyalahgunaan Dadah Jenis Sintetik Meningkat – Polis

KOTA BAHARU – Penyalahgunaan dadah jenis sintetik seperti syabu dan pil kuda semakin meningkat di negara ini berbanding dadah jenis tradisional seperti heroin dan ganja.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan,Pencegahan, Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Jamaludin Kudin berkata pada tahun lepas, 81,435 penagih ditangkap kerana terlibat dengan dadah sintetik berbanding 39,940 penagih dadah jenis tradisional.

“Kami anggarkan setiap tahun ia meningkat sebanyak 10 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan di sini, malam tadi.

Beliau berkata pihak polis telah lama memerangi dadah tradisional dan masalah itu masih belum selesai, kini ditambah pula penggunaan dadah sintetik yang mudah diperoleh.

Katanya sindiket dadah jenis sintetik ini mempunyai kemampuan kewangan yang besar termasuk untuk mengupah pakar kimia yang paling bijak untuk menghasilkan dadah jenis berkenaan.


Jamaludin berkata sindiket ini juga aktif untuk mencari pengedar dan penagih baharu termasuk kalangan pelajar sekolah untuk meneruskan perniagaan mereka.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak termasuk masyarakat bekerjasama dengan polis bagi mengatasi masalah berkenaan.

Beliau juga berkata pada tahun lepas, jumlah pengedar dadah yang ditahan di seluruh negara seramai 16,193 orang manakala 158,234 adalah penagih baharu dan berulang. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=yM-AKlUrqXE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori