• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghantar Surat Ditahan Miliki Pelbagai Jenis Dadah

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Baru setahun lebih dibebaskan dari penjara kerana kesalahan mengedar dadah, seorang penghantar surat sebuah syarikat pencetak di ibu kota, ditahan semula atas kesalahan sama di kediamannya di Batu Caves, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan dalam operasi 1.30 awal pagi bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM123,560 serta sepucuk pistol jenis Browning bersama 12 butir peluru.

“Turut dirampas 3,000 biji pil ekstasi, 10.2 gram ketamin, 21 ketulan mampat disyaki ganja, dua plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja seberat 1,629 gram dan 40 lagi butir peluru.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan lain-lain individu terbabit selain mengenal pasti punca bekalan dadah berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini, Jumaat.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, suspek menyewa rumah berkenaan sejak empat bulan lepas, dipercayai bagi menjalankan aktiviti pengedaran dadah untuk pasaran tempatan.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api 1960, katanya. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd