• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggerak GDW 3.0 Perlu Aktif Beri Penerangan GST

oleh Ahmad Albab
17/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Penggerak Gerakan Daya Wawasan (GDW) 3.0 perlu memainkan peranan lebih aktif dalam agenda mentransformasikan masyarakat luar bandar khususnya dalam memberi penerangan mengenai dasar kerajaan seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata masyarakat luar bandar perlu diberi penerangan dan maklumat yang tepat agar tidak timbul salah faham.

“Kementerian akan mengadakan kursus bersama agensi berkaitan kepada penggerak GDW agar mereka bersiap sedia dengan segala maklumat dan penerangan mengenai isu GST.

“Langkah ini perlu sebab ramai yang masih keliru mengenai isu GST kerana maklumat yang salah dan diputarbelit pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Penggerak GDW 3.0 di sini hari ini.

Turut hadir, anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abd Manan Ismail dan Anggota Dewan Undangan Negeri Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh.

Pada majlis itu juga Alexander turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 966 orang penggerak GDW 3.0 iaitu 806 orang dari Semenanjung, Sabah (72 orang), Sarawak (85 orang) dan Wilayah Persekutuan Labuan (tiga orang).

Mengulas lanjut, Alexander berharap agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan dapat membantu kementerian menyediakan kursus berkaitan perkara berkenaan secepat mungkin kepada penggerak GDW 3.0.

Dalam pada itu, Alexander berkata KKLW meluluskan peruntukan berjumlah RM379.87 juta merangkumi pembiayaan elaun pengerusi dan setiausaha, elaun masyarakat dan kehadiran mensyuarat bagi memperkasakan 15,895 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Persekutuan (JKKK/P) di seluruh negara tahun ini. – BERNAMA

Tags: GST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd