• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengamal Media Di Johor Digalakkan Lanjut Pelajaran

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Pengamal media di negeri ini digalakkan melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan dan media bagi meningkatkan mutu dan prestasi kerja mereka sekaligus menambah keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti mereka.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong dan akan membantu pelaksanaan hasrat pengamal media yang berhasrat menyambung pelajaran.

“Saya menyeru agar rakan-rakan media mengambil kesempatan dan peluang untuk mendalami ilmu kewartawanan masing -masing. Ketika ini banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan kursus-kursus kewartawanan dan media,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Media Johor di Berjaya Waterfront, malam tadi.

Mohamed Khaled berkata penggunaan peralatan serta aplikasi serba canggih semata-mata tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan sekiranya tidak melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang seiring dengan permodenan.

Beliau berkata pengamal media kini sedang berdepan dengan cabaran apabila wujudnya golongan wartawan rakyat yang cuba mengambil alih peranan wartawan dalam banyak perkara.

“Mereka ini (wartawan rakyat) lebih dipercayai biarpun melaporkan perkara batil dan berjaya mensensasikan (sesuatu isu) sehinggan impaknya terlalu besar untuk dineutralkan” kata beliau.

Mohamed Khaled menambah kata, pengamal media harus bertindak pantas melakukan lebih banyak usaha bagi memastikan kredibiliti menjadi perkara pokok sesuatu berita memandangkan wartawan bukan sahaja melapor peristiwa tetapi moral peristiwa tersebut.

“Saya yakin pengamal media sosial tidak akan dapat menjadi pengganti kepada wartawan tradisional malah kredibiliti media tradisional tidak akan begitu mudah diganti oleh segerombolan wartawan alam maya yang menganut populariti kontroversi dan elemen sensasi semata-mata,” katanya.

Wartawan Berita Harian, Muhamad Badrul Kamal Zakaria muncul sebagai penerima Anugerah Menteri Besar Johor, anugerah yang pertama kali diperkenalkan bagi penulisan artikelnya bertajuk ‘Jenama Khas Johor Bantu Usahawan’, yang banyak menyentuh perancangan dan pembangunan kerajaan negeri Johor.

Muhamad Badrul juga turut memenangi kategori berita ekonomi terbaik menerusi artikel yang sama.

Sementara itu, bagi kategori Anugerah Khas pula ia dianugerahkan kepada bekas wartawan Utusan Jaafar Ahmad atas sumbangan beliau selama 30 tahun dalam bidang kewartawanan terutama di negeri Johor ketika berkhidmat sebagai wakil di Batu Pahat. – BERNAMA

Tags: Khaled Nordinmedia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BMW Cantas Dakwaan Rafizi, Kereta Ditaja Untuk Majlis Rasmi

Next Post

Sultan Pahang Ziarah Pusara Allahyarham Jamaluddin Jarjis

Related Posts

MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin

MINDEF Sedia Teliti SOP Persembahan Penerbangan Raptai – Khaled Nordin

25/04/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedia meneliti keperluan untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) bagi persembahan formasi penerbangan...

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

LTAT Umum Dividen Selepas Diluluskan Lembaga Pengarah, Kementerian – Khaled Nordin

27/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memberi jaminan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023 akan...

Next Post

Sultan Pahang Ziarah Pusara Allahyarham Jamaluddin Jarjis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd