• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Perak Mahu ‘Raja Bomoh’ Dikenakan Tindakan

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menyambut baik usaha Jawatankuasa Fatwa Perak mahu mewartakan amalan `raja bomoh’, Ibrahim Mat Zin sebagai sesat.

Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar berkata, DPP Perak turut berharap Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan mengambil tindakan tegas ke atas Ibrahim selepas fatwa itu diwartakan.

“Walaupun tanggapan umum melihat keputusan itu agak lewat, bagi kami ia menunjukkan keseriusan dan tanggungjawab memelihara akidah umat Islam khususnya di Perak kerana amalan itu bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, DPP Perak berharap usaha Jawatankuasa Fatwa Perak itu mendapat sokongan semua pihak bagi menolak amalan khuarat dan syirik dalam masyarakat.

Justeru, katanya, DPP Perak mengucapkan tahniah dan syabas atas keperihatinan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan berani tersebut.

Jaipk semalam memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap `raja bomoh’ setelah pewartaan haram berkaitan amalan songsangnya dibuat.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, perkara itu ditegaskan berikutan pewartaan tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti Perak.

Kelmarin, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dalam mesyuaratnya dilaporkan telah memutuskan bakal mewartakan amalan yang dibawa Ibrahim sebagai sesat dan haram.

Dalam kenyataan sama, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh terbabit. – MYNEWSHUB.cc

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd