• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Putrajaya Hilang 200 Penumpang Sehari

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemansuhan sistem teksi berkupon di Putrajaya sejak 1 April lepas menyebabkan purata jumlah penumpang berkurangan sehingga 200 orang setiap hari, kata Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor.

Pengerusinya Saari Omar berkata rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan sistem baharu yang memerlukan mereka membuat dua pembayaran iaitu RM2 di kaunter dan baki selebihnya mengikut bacaan meter.

Justeru, katanya, persatuan itu bercadang bertemu Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu depan untuk mengajukan perkara itu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), walaupun permohonan untuk mengekalkan sistem lama sebelum ini ditolak.

“Selalunya pada Isnin purata penumpang adalah 1,000 orang dan kini berkurangan kepada 800 orang manakala pada Selasa purata penumpang 900 orang sudah kurang kepada 700 orang.

“Penumpang beranggapan pemandu sengaja ikut jalan jauh tetapi sebenarnya memang ada dua atau tiga jalan untuk ke destinasi yang dituju. Sistem kupon dahulu penumpang tak perlu risau kerana bayaran penuh dibuat di kaunter, jika jalan jauh atau sesak sekalipun bayaran tetap sama,” katanya kepada pemberita di Putrajaya Sentral, di sini hari ini.

Saari berkata sistem berkupon yang dilaksanakan sebelum ini juga memberi jaminan kepada pemandu agar tidak tertipu dengan penumpang yang sengaja mengelak untuk membayar tambang.

“Dalam tempoh seminggu ada tiga kes pemandu teksi ditipu penumpang asing…bila sampai destinasi katanya hendak ambil duit pada kawan tetapi menghilangkan diri. Jika sistem kupon pemandu tak perlu risau kerana bayaran penuh telah dibuat di kaunter,” jelasnya.

Sementara itu, penumpang yang ditemui di kaunter teksi Putrajaya Sentral lebih selesa dengan sistem teksi berkupon.

Menurut G. Sirranjivi, 23, beliau yang sering menggunakan perkhidmatan teksi untuk berulang-alik ke tempat kerja, sistem lama yang diguna pakai sebelum ini lebih murah berbanding sistem baharu.

“Dulu dari sini ke Cyber Height lebih kurang RM10.50 tetapi sekarang RM12.

Dulu kalau jalan sesak pun kita tak risau sebab bayaran tetap, tetapi sekarang terpaksa bayar lebih sebab meter pun sudah naik harga,” katanya.

Mardiana Shahrom, 25, juga berharap sistem teksi berkupon dikekalkan kerana ia lebih mudah tanpa perlu membuat dua kali pembayaran.

“Sistem kupon kadar dia tetap, kalau ikut meter pemandu ikut jalan jauh dan penumpang terpaksa bayar lebih. Jadi saya lagi suka sistem kupon,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemandu teksiPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd