• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Sayur Bebas Pertuduhan Bunuh Rakan

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan seorang pemandu lori sayur daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki, empat tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap P.Thooyavan, 29.

Tertuduh didakwa membunuh C.Vijayakumaran, 62, pada 16 Sept 2012 kira-kira 11 malam di rumah nombor 2, Taman Bunga Raya, Tapah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Dalam penghakimannya, Che Mohd berkata mengikut keterangan saksi utama pendakwa, ‘dia tidak tahu-menahu dan tidak melihat kejadian itu’.

“Dia dan tertuduh ada melepak dan mabuk ketika itu, ia berlanjutan sehingga si mati tiba dan turut minum bersama. Tetapi saksi utama telah balik dan menyatakan dia tidak melihat kejadian selepas itu,” katanya.

Che Mohd berkata mengikut keterangan saksi keenam iaitu pegawai penyiasat hanya menemui barang bukti (topi keledar) di dalam longkang di lokasi selepas enam bulan kejadian.

“Malangnya tiada sebarang kesan terhadap bahan bukti selepas ujian dijalankan. Daripada pihak pendakwaan, tidak ada satu keterangan yang boleh mengaitkan tertuduh,” katanya.

Thooyavan, yang berdiri di kandang tertuduh, dilihat lega sejurus mahkamah membuat keputusan itu dan kemudian beredar bersama anggota keluarga yang menunggu di galeri awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili peguam M.Saravanan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: kes bunuhkes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd