Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Comel Sungguh Adik...

OH, comel sungguh melihat aksi dua beradik dalam video yang dimuatnaik oleh bapa mereka menerusi...

Gaji RM2,500 Cukup Jika...

KUALA LUMPUR - Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki...

Kes Bunuh Segambut: Bayi...

MENGEJUTKAN apabila dua abang kepada adik beradik yang ditemui mati bersama bapa mereka...

Kisah Cinta ‘Perigi Cari...

PERBUATAN melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri bukanlah perkara asing yang dilakukan seorang...

Pelaburan Sektor Pembuatan Melaka RM35.7 Billion Sejak 1980

MELAKA – Melaka merekodkan pelaburan sebanyak RM35.7 bilion bagi sektor pembuatannya selain mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan bagi 791 projek sektor berkenaan sejak 1980.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM23.5 bilion atau 66 peratus disumbangkan pelaburan luar negara manakala baki 34 peratus menerusi pelaburan domestik.

“Pelaburan luar itu termasuk dari Amerika Syarikat, Taiwan, Jerman, Jepun dan Belanda.

“Kebanyakan pelaburan bagi sektor elektrikal dan elektronik, produk petroleum, sektor pengangkutan, produk pembuatan logam dan produk mineral bukan metalik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program turun padang MITI dan sesi taklimat berhubung pelaburan negeri Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Program itu antara lainnya turut melibatkan lawatan ke premis termasuk CTRM Aero Composites, Melaka Gateway, Infineon Technologies dan Konica Minolta Business Technologies.


Menurut Mustapa, Melaka turut berada di kedudukan ketujuh pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan yang diluluskan iaitu berjumlah RM4.44 bilion pada tahun lepas berbanding tempat ke-10 dengan jumlah pelaburan RM1.5 bilion, pada 2013.

Daripada jumlah itu, katanya, sektor peralatan pengangkutan adalah sebanyak RM3.2 bilion, produk elektrik dan elektronik (RM880 juta), percetakan dan penerbitan (RM160 juta) dan masing-masing RM40 juta bagi sektor perabot dan perkakasan serta pengeluaran makanan.

“Pencapaian ini adalah yang tertinggi dicatatkan dan ia membuktikan Melaka bukan sahaja berjaya dalam sektor pelancongan tetapi berupaya menjadi destinasi pelaburan serta menarik pelabur pelbagai negara pada masa depan.

“Tahun ini adalah yang mencabar sedikit kerana pada tahun lepas MITI berjaya memperoleh pelaburan berjumlah RM72 bilion dalam bidang pembuatan dan Melaka antara penyumbang tertinggi,” katanya.

Mustapa berkata Melaka juga dijangka memperoleh nilai pelaburan sebanyak RM2.5 bilion bagi tempoh Mac dan April ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori