Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Tanaman Makanan Digalak...

SANDAKAN - Pengusaha tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran di negeri ini digalakkan...

Peluang Untuk Podium Esok...

SEPANG - Pelumba negara Zulfahmi Khairuddin yakin peluangnya untuk meraih podium bagi kelas...

Jerebu: Jumlah Kawasan IPU...

KUALA LUMPUR - Jumlah kawasan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Syed Saddiq Mohon Maaf...

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon...

PAS Perak Tolak Ideologi ‘Malaysian Malaysia’ DAP

KUALA LUMPUR – PAS Perak akan tetap mempertahankan prinsip parti itu termasuk dalam soal pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan walaupun terpaksa menolak rakan dalam Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, PAS tetap dengan prinsip perjuangan di atas dasar Islam yang digalas parti itu sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan serta menolak konsep `Malaysian Malaysia’ tajaan DAP.

“Apa juga risiko, prinsip ini akan terus dipertahankan di semua peringkat iaitu menolak lawan mahupun kawan yang tidak sealiran dengan prinsip ini,” tegasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Razman berkata, konsep “Malaysian Malaysia” dan meritokrasi dalam persaingan belum boleh diterima sepenuhnya terutamanya dalam agihan ekonomi dan tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Kata beliau, landskap politik Malaysia yang didominasi Melayu tidak boleh dipandang mudah.

Beliau turut menyentuh tentang sikap PAS yang masih bertoleransi mahu membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

“Sedangkan akar umbi PAS meminta sedikit maruah dengan permohonan maaf. Siapa yang bersalah? Siapa yang menghina Presiden PAS serta prinsip PAS? Mengapa begitu kelat lidah untuk memohon maaf? Dapatkah mereka (PAS Pulau Pinang) membantu dengan hati yang terguris,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori