• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Cabar Ahmad Maslan Debat Di Rompin Isu GST

oleh Ahmad Albab
24/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUADZAM SHAH – PAS pada Jumaat mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat di Rompin bagi membuktikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak membebankan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin membuka peluang kepada Ahmad Maslan untuk mempertahankan GST di depan rakyat terutamanya penyokong Barisan Nasional (BN).

“Datanglah ke Rompin untuk buktikan bahawa Pakatan Rakyat tersilap membantah GST, buktikan GST menyebabkan harga barang turun.

“Marilah memberi nasihat supaya rakyat Rompin perlu lebihkan memasak di rumah untuk mengelak GST ketika harga makanan asas seperti sayur, daging dan ikan melambung naik walaupun tidak dikenakan GST,” katanya pada sidang media di Markas Induk PAS di sini.

Isu GST yang merupakan bualan hangat pengundi di Rompin menjadi modal kempen PAS untuk menyerang BN pada PRK kali ini.

GST sebanyak enam peratus mula dilaksanakan pada 1 April lalu tetapi didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat di seluruh negara.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata, kerajaan juga perlu menunjukkan bukti 532 jenis barangan yang turun harga dan 345 barangan dan perkhidmatan yang hanya mengalami kenaikan harga kurang daripada 5.8 peratus.

Katanya, walaupun kerajaan pernah menjelaskan GST akan merendahkan harga barangan, mereka gagal berbuat demikian ketika harga minyak turun ke RM1.70 seliter.

“Adakah rakyat akan percaya kata-kata kerajaan, terutamanya Ahmad Maslan bahawa penurunan harga barangan akan berlaku selepas GST dilaksanakan?” soalnya.

Terdahulu, Ahmad Maslan didakwa sebagai berkata harga barang dan perkhidmatan akan turun dengan pelaksanaan GST dan menyifatkan bantahan pakatan pembangkang sebagai modal untuk menyerang kerajaan.

“Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

“Selama ini mereka mengaitkan BN dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” kata Ahmad Maslan.

Dalam perkembangan berasingan, Tuan Ibrahim berkata PAS akan mengadakan Himpunan Warga Felda di Felda Keratong 4 pada Sabtu dan Ahad ini, sebahagian daripada kempen jentera parti itu.

Himpunan tersebut akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sebelah malam.

“Pelbagai program akan diadakan antaranya pengisian dialog mengenai isu peneroka Felda, pentas budaya dan sukan rakyat. Kita harap program ini dapat menarik ramai kehadiran pengundi dan peneroka Felda di luar Rompin,” kata Tuan Ibrahim.

– mStar Online

Tags: Ahmad MaslanPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuas Pelabuhan Baharu Singapura Bakal ‘Hancurkan’ PTP

Next Post

Pesawat Delta Ibarat Digoncang ‘King Kong’

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Next Post

Pesawat Delta Ibarat Digoncang 'King Kong'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd