• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Minta PKR Lihat Semula Pendirian Hudud

oleh Ahmad Albab
10/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelab Akar Umbi PKR hari ini meminta pucuk pimpinan parti itu supaya melihat semula keputusan mereka tidak menyokong pembentangan Rang Undang-undang (RUU)Persendirian Mahkamah Syariah bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Presiden kelab itu Johari Musa berkata, keputusan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini yang menolak pembentangan RUU itu seolah-olah mencabar kewibawaan anggota akar umbi parti itu sendiri yang beragama Islam.

Malah, Johari yang juga Naib Ketua PKR Lembah Pantai berkata, keputusan melulu pucuk pimpinan tanpa mengambil kira pandangan akar umbi turut menyinggung parti seperjuangan, Pas yang sudah pun dilihat semakin renggang hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

“Kelab Akar Umbi PKR mohon pimpinan tertinggi PKR rujuk semula perkara besar ini dalam satu kongres parti. Biar ahli akar umbi yang membuat keputusan soal hudud yang melibatkan akidah umat Islam,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek di sini.

Hari ini sebilangan anggota kelab itu berhimpun secara aman, di hadapan Masjid Jamek bagi menyatakan sokongan terhadap pembentangan RUU itu.

Kira-kira 50 ahli kelab dan anggota PKR yang berhimpun secara aman kira-kira 30 minit sejurus selepas Solat Jumaat turut membawa kain banting dengan tulisan “Kami desak Azmin (Timbalan Presiden PKR Azmin Ali) sebagai orang Islam nyatakan pendirian tentang hudud” dan “Pimpinan PKR jangan belakangkan ahli soal hudud”.

Johari yang juga Ketua Biro Agama Islam PKR Lembah Pantai mengingatkan bahawa isu besar ini boleh menentukan nasib PKR pada PRK Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 7 Mei ini.

Ditanya sama ada timbul kekhuatirannya dipecat sebagai anggota PKR kerana menentang pucuk pimpinan parti dalam hal demikian, beliau berkata ia tidak menjadi masalah kepadanya.

“Setiap perkara baik pasti ada halangan dan rintangan. Kita hanya buat kerja yang Allah tetapkan dalam al-Quran,” katanya.

Pada 19 Mac, Dun Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) hanya terpakai kepada orang Islam mukalaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak selepas 44 anggota Dun sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu. – BERNAMA

Tags: isu hududPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd