• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Muhyiddin Ziarah Keluarga Allahyarham Jamaluddin Jarjis

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Tan Dr Jamaluddin Jarjis di The Mines, Seri Kembangan, Selangor, seorang daripada enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih semalam.

Najib yang berpakaian baju Melayu serba putih, tiba pada pukul 12.20 tengah hari, bersama-sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak perempuannya Nooryana Najwa dan menantunya Daniyar Kessikbayev.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menziarahi anggota keluarga Allahyarham Jamaluddin.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediaman Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis untuk memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah disemadikan di Makam Masjid Negara selepas solat Asar hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediaman Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis untuk memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah disemadikan di Makam Masjid Negara selepas solat Asar hari ini. – Foto BERNAMA
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah(kiri) ketika tiba di kediaman Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis untuk memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah disemadikan di Makam Masjid Negara selepas solat Asar hari ini.- Foto BERNAMA
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah(kiri) ketika tiba di kediaman Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis untuk memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah disemadikan di Makam Masjid Negara selepas solat Asar hari ini.- Foto BERNAMA

Turut berangkat Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut kelihatan beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong, serta ketua pegawai eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandez.

Jamaluddin, 63, terkorban apabila helikopter AS365N2 Dauphin yang dinaikinya dalam perjalanan pulang dari menghadiri kenduri kahwin Nooryana Najwa dan Daniyar di Pekan, Pahang terhempas pada pukul 4.45 petang.

Nahas itu turut mengorbankan ketua setiausaha sulit Najib, Datuk Azlin Alias, juruterbang Kpt Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

– BERNAMA

Tags: nahas helikopterNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd