• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Maaf Atau Hilang Sokongan, PAS Beri Kata Dua Kepada PKR

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – PAS Bahagian Permatang Pauh kekal dengan pendiriannya untuk tidak akan menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil (PRK) akan datang sekiranya pemimpin parti sekutunya tidak memohon maaf kepada PAS sehingga hari penamaan calon pada 25 April ini.

Perkara itu dibuat walaupun selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengisytiharkan gerakan itu sebagai terbatal dan tidak sah.

Terdahulu, beliau berkata, Jawatankuasa PAS Pusat akan memberikan sokongan tanpa syarat kepada calon Pakatan Rakyat.

Ketua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, langkah itu dibuat selepas mendapatkan undian kira-kira 400 ahli daripada 30 cawangan semasa mesyuarat agung tahunan ke-38 pada Ahad lalu.

“Kita masih dengan pendirian kita. Kita akan tunggu dan lihat jika mereka akan minta maaf,” kata Omar pada Isnin.

Keputusan itu menyaksikan PAS Permatang Pauh memberi tempoh kepada PKR sehingga hari penamaan calon pada 25 April dan mendesak PKR memohon maaf secara terbuka, atau parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan PKR.

PKR sebelum ini mengisytiharkan tidak akan menyokong langkah kerajaan Kelantan mengenai rang undang-undang hudud yang dibentangkan di Parlimen pada 7 Mei lalu.

Dr Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menggesa supaya ahli parti mematuhi keputusan yang dibuat jawatankuasa itu.

“Saya gesa ahli PAS supaya mematuhi keputusan yang dibuat jawatankuasa pusat, bukan bahagian,” katanya yang terkejut dengan pendirian Omar yang sebelum ini menyokong keputusan jawatankuasa pusat dalam mesyuarat baru-baru ini. – mStar Online

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd