• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta KDN Senaraikan Ubat Kebas Sebagai Bahan Mengkhayalkan

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memasukkan ubat kebas atau penyembur “ethyl chloride” dalam senarai bahan yang mengkhayalkan untuk mencegah penyalahgunaan ubat itu dalam kalangan remaja.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata KDN sedang menggubal satu akta berkaitan bahan mengkhayalkan yang merangkumi pengawalan, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi penagihan inhalan.

“Pihak kita belum ada kajian yang menunjukkan ramai terlibat dalam tabiat menyedut ubat kebas dalam kalangan remaja. Ia digunakan untuk menghilangkan kesakitan bersifat sementara dan diaplikasikan secara luaran semasa pembedahan kecil atau melegakan kecederaan otot ketika bersukan.

Disebabkan itu ia tidak dikawal sebagai racun berjadual di bawah Akta Racun 1952 dan boleh diperolehi di kaunter ubat sebagai produk ‘Over The Counter’ (OTC),” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Nget Yoon yang ingin tahu langkah berkesan daripada kerajaan untuk mencegah masalah penyalahgunaan ubat kebas dalam kalangan orang muda.

Dr Hilmi berkata penggunaan ubat kebas itu tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif sekiranya digunakan dengan betul namun jika ia disalah guna ia boleh menyebabkan halusinasi dan ketagihan kepada pengguna.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian sentiasa memberikan pendidikan mengenai cara penggunaan ubat-ubatan secara betul kepada orang rami supaya penyalahgunaan seperti itu dapat diatasi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memberikan pemahaman mendalam kepada ibu bapa atau penjaga berkaitan risiko yang bakal dihadapi jika melanggar peruntukan dan peraturan serta garis panduan dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ia termasuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan kanak-kanak,” katanya menjawab soalan Senator Datin Rahimah Mahamad yang ingin tahu langkah memberi pemahaman mendalam terhadap ibu bapa berkaitan Akta Kanak-Kanak 2001 termasuk risiko bakal dihadapi jika mereka melanggar peraturan dan garis panduan dalam akta itu.

Chew berkata pada masa ini terdapat 149 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di seluruh negara bagi menyediakan perkhidmatan sokongan kepada ibu bapa dan penjaga serta kanak-kanak berisiko tinggi dalam aspek penderaan dan pengabaian.

“Kini terdapat 149 PAKK di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada 20,000 orang kanak-kanak. PAKK juga menyediakan program berbentuk bengkel dan kursus serta intervensi berbentuk motivasi, bimbingan kaunseling dan sukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KDNKKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd