• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MaxisONE Tanpa Had Dengan Tiga Tawaran Baru

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MaxisONE telah melancarkan tiga tawaran baharu iaitu penstriman tanpa had dan akses percuma ke Spotify Premium, keupayaan untuk memancarkan siaran dari peranti ke dalam televisyen dengan Chromecast dan berkongsi data internet melalui Pelan MaxisONE Share.

Ketua Perniagaan Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan, berkata majlis hari ini tidak sahaja melancarkan tawaran tersebut tetapi untuk menunjukkan, peranti syarikat itu mempunyai kepelbagaian.

“Anda boleh melakukan banyak perkara melalui MaxisONE tanpa had,” katanya pada majlis pelancaran produk itu.

#MusicNow dengan Spotify Premium membolehkan semua pengguna Maxis dan Hotlink dengan pelan internet mudah alih 1Gb ke atas membuat penstriman muzik daripada Spotify Premium tanpa had dan tanpa caj data mulai 30 April hingga 31 Julai.

“Mereka juga boleh mendapatkan aplikasi bernilai RM14.90 secara percuma dalam tempoh itu secara eksklusif daripada Maxis,” kata Vaithiyanathan.

Maxis menjadi syarikat pertama yang memasarkan Chromecast Google di Malaysia, sejenis alat mudah alih ‘Plug and Play’ yang membolehkan pengguna memancarkan laman web popular seperti Youtube, permainan, foto dan filem penuh daripada peranti peribadi kepada televisyen.

Peranti Chromecast ini boleh dibeli di semua pengedar dan pusat Maxis dengan harga RM150 bagi pelanggan pelan MaxisONE sedia ada dan RM170 untuk pelanggan Maxis biasa mulai 23 April hingga 31 Mei 2015 atau sementara stok masih ada.

Pelanggan pelan MaxisONE juga sekarang ini boleh berkongsi masa berbual serta khidmat pesanan ringkat kepada mana-mana telefon mudah alih atau talian tetap, dan apa-apa jumlah data dengan orang lain dengan MaxisONE Share.

“Jika anda bukan pelanggan pelan MaxisONE, anda boleh membuat pendaftaran dengan 1Gb data tambahan dan mula berkongsi dengan hanya RM48 setiap bulan.

“MaxisONE Share terbuka untuk semua pelanggan pasca bayar pelan MaxisONE,” kata Vaithiyanathan.

Untuk maklumat lanjut pengguna boleh melayari www.maxis.com.my. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi

Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi

13/07/2026
0

PAKATAN Harapan (PH) membawa naratif kemenangan besar Barisan Nasional (BN) Johor kerana penyokong Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS beralih menyokong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd