Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

‘Jika Surat ROS Benar,...

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mempersoalkan keabsahan satu surat...

Perhimpunan Agung UMNO 2020...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31...

Pemilik Instagram ‘Safieyillias94’ Ditahan...

KAJANG - Pemilik akaun Instagram (IG) safieyillias94 yang juga pengasas produk kosmetik ditahan...

Mourinho Salahkan Fizikal Punca...

LIVERPOOL - Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyifatkan kekurangan aspek fizikal susulan masalah...

Matthew Davies Perkuat Pertahanan Skuad Tok Gajah

KUANTAN – Pemain muda daripada Australia Matthew Davies menjadi tonggak baharu pasukan bola sepak Pahang untuk mengukuhkan posisi pertahanan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia.

Davies, 20, berkata keputusan untuk menyertai pasukan Tok Gajah dibuat setelah mendapatkan nasihat dari bekas pemain Australia yang pernah menabur bakti di sini seperti Alan Dividson dan Anthony Milicic.

Katanya Malaysia bukan asing bagi dirinya memandangkan ibunya berasal daripada Sabah manakala bapanya rakyat Australia.

Pemain kelahiran Perth, Australia itu berkata beliau lebih teruja untuk bermain selepas menyaksikan Pahang menewaskan Pulau Pinang 2-0 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, semalam.

Ketua Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan memberitahu Davies akan memulakan latihan dengan rakan sepasukan hari ini, bagi mencari keserasian sebelum membuat penampilan sulung pada perlawanan akan datang.

“Kita berharap Davies akan memberi impak maksimum dan memperbaiki kelemahan pasukan Pahang dalam menghadapi saingan liga,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Pulau Pinang di sini, semalam.


Mengulas prestasi anak buahnya pada perlawanan itu, Zainal Abidin berkata pasukan telah menunjukkan disiplin lebih baik dan tidak banyak mengulangi kesilapan pada babak akhir perlawanan.

“Walaupun banyak melepaskan peluang untuk menambah jaringan tapi yang penting dapat mempertahankan gawang daripada dibolosi.

“Ini amat penting yang memberi kelebihan untuk kami menghadapi perlawanan kedua di tempat lawan dan memberi satu motivasi buat pasukan,” katanya.

Juara bertahan Pahang menceriakan penyokong tuan rumah apabila menundukkan pendahulu Liga Perdana Pulau Pinang 2-0 menerusi jaringan Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-9 dan Dickson Nwakaeme minit ke-14 di Stadium Darul Makmur malam tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori