Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Nazifuddin Dakwa Wujud Dominasi...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd...

Chong Wei Tewas Kepada...

HASRAT jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul gelaran ketiga selepas...

Waris Setuju 5 Mangsa...

IPOH - Semua keluarga lima pekerja sambilan yang meninggal dunia dalam kebakaran di...

Azmin Gagal Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin...

Tok Gajah Mahu Ungguli Kumpulan D Piala Malaysia

KUANTAN – Semangat juang skuad Pahang kian membara untuk merebut slot teratas Kumpulan D saingan Piala Malaysia apabila turun menentang PKNP FC di Stadium Negeri Pulau Pinang esok.

Pengendalinya, Dollah Salleh berkata lonjakan semangat itu hadir rentetan kemenangan 2-0 yang dicatat oleh skuad Tok Gajah ke atas Selangor pada aksi terdahulu.

“Penampilan pemain sudah berbeza… mereka seperti mendapat kembali semangat setelah berjaya menewaskan Selangor. Semangat melawan semakin meningkat dan saya jangka ia akan diterjemahkan esok dan pada perlawanan seterusnya.

“Sebelum ini prestasi mereka agak menurun selepas berjaya merangkul Piala FA terutamanya ketika seri dengan Sabah pada 4 Ogos lepas… tapi kini saya percaya pemain serius dalam merebut tempat teratas kumpulan D,” katanya.

Dollah berkata demikian semasa ditemui pada Program Sepetang Pemain Bolasepak Pahang bersama Pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kompleks Penyayang Kuantan di sini, semalam.

Pada program itu, 30 pelatih Orang Kelainan Upaya (OKU) bersama keluarga berpeluang beramah mesra dengan pemain dan pihak pengurusan Pahang sebelum skuad itu menjalani latihan.

Dollah berkata beliau masih meletakkan harapan kepada penyerang import mereka iaitu Austin Iwuji Amutu untuk menggempur benteng pertahanan lawan berikutan dua lagi tonggak iaitu Patrick Cruz dan Issey Nakajima masih dibelenggu kecederaan.


“Permainan Amutu dilihat meningkat dan persembahan terbaiknya adalah ketika membantu Pahang meraih kemenangan di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

“Saya bersyukur dia semakin menyerlah kerana dua penyerang kita iaitu Patrick Cruz dan Issey Nakajima masih cedera dan mereka sekarang mengikuti sesi pemulihan di Kuala Lumpur.

“Namun pada perlawanan seterusnya, Cruz sudah berjanji untuk turun bermain dan jika ia berlaku pastinya banyak memberi kelegaan kepada saya,” katanya. – BERNAMA

Kategori