Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Panama Papers: Raja Saudi...

TEL AVIV: Isaac Herzog, Ahli Knesset (Parlimen) dan Pengerusi Parti Buruh Israel mendedahkan...

Syawal Di KL Sunyi:...

HANYA ada dua orang pelopor busking di Kuala Lumpur. Hamden Bolli, anak Sarawak memulakan...

Bekas Anggota Polis Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas anggota polis dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat...

Bina Semula Benteng Dan...

KUALA LUMPUR – UMNO kini sedang membina dua teras utama untuk terus bergerak...

Majlis Senator Sokong Kepimpinan Najib

KUALA LUMPUR – Majlis Senator Malaysia (MSM) hari ini melahirkan sokongan atas kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perdana Menteri menghadapi pelbagai kritikan, sehari selepas Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan padu mereka kepada pengerusi BN dan presiden Umno itu.

Presidennya Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata majlis itu berikrar akan terus berdiri di sisi Najib menjayakan segala rancangan bagi memajukan kehidupan masyarakat dan negara ini, serta memacu ekonomi negara untuk mencapai matlamat dan cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Beliau berkata MSM yakin negara di bawah pentadbiran Najib berada di landasan yang betul dalam menuju matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Namun, proses untuk mencapai hasrat pastinya bukanlah mudah dan memerlukan dokongan seluruh rakyat bagi menjayakan program transformasi yang dirancang, katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Rahim berkata kritikan yang dilemparkan terhadap Najib tidak berasas dan berbaur skeptikal.


“MSM melihat ini (kritikan) sebagai sebahagian daripada asam garam yang terpaksa dilalui beliau sebagai pemimpin negara. Bahkan pemimpin negara sebelum ini juga tidak sunyi daripada kritikan,” katanya.

Sejak dilantik sebagai perdana menteri enam tahun lepas, Najib berdepan pelbagai kritikan, baik atas kedudukannya sebagai pemimpin negara, mahupun kehidupan peribadi beliau.

Semalam, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menyatakan sokongan padu mereka terhadap kepimpinan Najib.

Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad berkata anggota Parlimen BN berdiri teguh di belakang Najib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori