• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tangan Kudung & Jurujual Didakwa Edar Heroin

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang kudung tangan kanannya dan seorang jurujual didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan mengedar 1,000 gram heroin minggu lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada T. Nanthakumar, 29; dan K. Jayakumar, 32; selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharifah Izura Syed Mashor.

Nanthakumar dan Jayakumar didakwa mengedar dadah itu di sebuah rumah di Penang Times Square, Jalan Datuk Keramat, Daerah Timur Laut pada 11.15 malam, 24 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 38B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah sama seorang penganggur didakwa mengedar 16.28 kilogram heroin minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Cheah Chin Eng, 35, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Cheah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Flat Bukit Gambir, Jalan Bukit Gambir pada 10 malam, 25 Mac.

Mahkamah menetapkan 8 Jun untuk sebutan kedua-dua kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hafiz Hashim. – BERNAMA

Tags: mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd