• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Malaysia Ditahan Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
06/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pekanbaru – Unit Narkotik Polis Riau berjaya menahan tiga pengedar dadah dan merampas kira-kira 46.5 kilogram dadah jenis methamphetamine serta 1,100 pil ekstasi dalam dua operasi berasingan baru-baru ini.

Ketua polis Riau, Dolly Bambang Hermawan berkata, rampasan dadah itu adalah yang terbesar di wilayah berkenaan.

Katanya, dadah itu dirampas daripada seorang lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun dan dua wanita warga Indonesia berusia 30 dan 31 tahun.

“Lelaki warga Malaysia itu dipercayai seorang pengedar dadah dan wanita berkenaan menjadi penunjuk arahnya di sini,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini kelmarin.

Ujarnya, polis mengekori lelaki itu sejak dia masuk ke Dumai dengan menaiki sebuah bot laju pada Rabu lalu.

Lelaki itu kemudiannya berjumpa dengan dua wanita berkenaan sebelum menyewa kereta untuk pergi ke Pekanbaru.

Polis hanya membuat serbuan apabila ketiga-tiga suspek berhenti di sebuah hotel di sini.

“Mereka ditangkap di dalam bilik hotel di sini pada Khamis lalu.

“Ketika pemeriksaan kami menjumpai 99 bungkusan plastik mengandungi methamphetamine yang setiap satunya seberat 500 gram yang disimpan di dalam dua beg pakaian,” ujarnya.

Menurutnya, semua dadah itu bernilai lebih 180 bilion rupiah (RM50.38 juta) di pasaran gelap.

Dolly memberitahu bahawa, suspek merancang membawa dadah berkenaan ke Palembang untuk diedarkan. – Agensi

Tags: Indonesiakes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd