Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Kerjasama DRB HICOM –...

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co...

Menjelang Keputusan Rayuan, Najib...

Beberapa hari sebelum Mahkamah Rayuan dijadual membuat keputusan terhadap rayuan Najib Razak terhadap...

Berhabisan RM1.9 Juta Untuk...

LELAKI ini, Rodrigo Alves, 33, sentiasa berangan mahu menjadi Ken, iaitu patung lelaki...

ESSCOM Jalani Latihan Amal...

TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bersama Ibu Pejabat Polis...

Lelaki Ditangkap Beli Isteri Untuk Anak Sakit Mental

China – Ia merupakan satu perbuatan yang menjijikkan. Bagaimana lelaki ini yang hanya dikenali sebagai Xu sanggup memperlakukan seorang gadis lembam dengan membelinya pada harga RM7,000 untuk dikahwinkan dengan anak lelakinya yang juga mengalami masalah mental.

Namun selepas enam bulan kedua-dua pengantin itu tidak melakukan hubungan seks, Xu mengambil keputusan untuk meniduri menantunya itu yang dikenali sebagai Wang.

Xu membeli gadis itu kerana terlalu berharap untuk mendapat cucu bagi menyambung generasinya pada awal 2014.

Bagaimanapun apabila gadis itu tidak mengandung dan bimbang masalah mental gadis berkenaan semakin buruk serta akan menyusahkannya, dia memutuskan untuk menjual gadis berkenaan kepada penduduk kampung yang lain pada harga RM5,300.


Perbuatan menjijikkan itu hanya terbongkar selepas seorang anggota polis melakukan rondaan di sebuah rumah dan menemui Wang.

Dia mula menjadi curiga apabila Wang tidak dapat menjawab soalan mengenai nama dan usianya. Dia bersama anggota polis lain kemudiannya menjalankan siasatan dan selepas dua minggu barulah mereka mengetahui kejadian sebenar.

Susulan itu Xu telah ditangkap dan polis juga sedang mengesan keluarga sebenar Wang – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori