• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cari Lembu Hilang Ditemui Mati Di Besut

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang penternak lembu ditemui mati di kawasan kebun kelapa sawit dekat Kampung Hutan Padang Tapong di sini kira-kira jam 3.30 petang semalam oleh seorang rakannya.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Suhaimi Mohamed, 59, yang bekerja sendiri tinggal di Kampung Padang Luas, Jerteh kira-kira lapan kilometer daripada tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata sebelum itu mangsa yang pergi secara bersendirian sedang mencari lembunya yang hilang telah menghubungi rakannya yang dikenali sebagai June di Pasir Putih, Kelantan untuk datang membantunya kira-kira pukul 2.00 petang semalam.

Katanya apabila sampai di kawasan hutan berkenaan June telah cuba menghubungi mangsa melalui telefon bimbit dan rakannya itu memberitahu yang ia berada di satu kawasan dengan menyeberang sebatang sungai di situ.

“Kira-kira sepuluh minit kemudian rakannya tiba-tiba mendengar bunyi salakan anjing kepunyaan mangsa dari satu kawasan sebelum disusuli dengan bunyi tembakan sebanyak dua kali,” kata Khaled kepada media di sini hari ini.

Katanya curiga dengan bunyi tembakan itu rakannya telah mencari mangsa dan berjaya menemuinya dalam keadaan terlentang dengan senjatanya masih di dakapannya manakala seekor babi hutan turut ditemui mati 15 meter daripada mangsa ditemui.

Mayat mangsa dikeluarkan daripada kawasan berkenaan kira-kira jam 11.00 malam tadi dan dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.

Pihak Hospital Daerah Besut mengesahkan kematian mangsa disebabkan serangan jantung dan pemeriksaan ke atas mayat mangsa juga didapati tiada sebarang kesan kecederaan kecuali hanya luka kecil di bawah telinganya. – BERNAMA

Tags: MATI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd