• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Nahas Helikopter Dalam Tempoh Sebulan

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Laporan siasatan berhubung punca nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang mengorbankan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain di Semenyih Sabtu lepas dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan di tempat kejadian untuk mengumpul bukti termasuk serpihan helikopter dan rakaman percakapan saksi kini sedang giat dilakukan.

“Kotak hitam yang ditemui pagi semalam akan dihantar ke Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di United Kingdom hari ini untuk dianalisis bagi mendapatkan laporan awal punca nahas.

“Tempoh untuk mengeluarkan data akan ambil masa tiga hingga empat hari, analisis data seminggu, jadi kita jangka proses untuk siasat sepenuhnya punca kemalangan akan ambil masa sebulan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan Sijil Petunjuk Geografi Halia Bentong dan Seminar Kesedaran Harta Intelek kepada pengusaha Halia Bentong di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek; dan Pengerusi MyIPO Datuk Abdul Manan Ismail.

Sehubungan itu Liow menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang punca kejadian kerana boleh menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa nahas.

Mengulas mengenai identiti pembantu operasi Aidana Baizieca yang menimbulkan tanda tanya, Liow sekali lagi menegaskan mangsa wanita itu adalah kakitangan syarikat penerbangan berkenaan dan bukan pembantu juruterbang.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai laporan hasil bedah siasat dan menyatakan ia akan diumumkan bersama laporan keseluruhan punca kejadian.

Nahas pukul 4.55 petang di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, Semenyih itu mengorbankan Jamaluddin dan lima penumpang lain termasuk Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.

Mereka dalam penerbangan pulang ke ibu negara selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK: Ketua Pemuda PAS Bantah Tawaran UMNO

Next Post

Pembangkang Mahu Kumpul 1 Juta Tandatangan Bantah GST

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

Next Post

Pembangkang Mahu Kumpul 1 Juta Tandatangan Bantah GST

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd