• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Dua Lelaki Disyaki Geng 36 Ditahan

oleh Ahmad Albab
01/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Susulan kejadian berbalas tembakan dengan dua anggota kongsi gelap geng 36 pada 21 Mac lepas, pihak polis berjaya menahan dua lagi suspek disyaki dari kumpulan sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, ACP Norazman Muhammad Yusuf berkata suspek pertama yang berusia 36 tahun ditahan di Seremban.

“Susulan daripada tangkapan lelaki pertama itu, membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 28 tahun di sekitar Sendayan.

“Pemeriksaan terhadap suspek kedua, pihak polis menjumpai 2kg ganja mampat, dadah disyaki heroin seberat 3.7kg dan satu beg hitam yang mengandungi pistol jenis phyton bersama 15 biji peluru,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan di sini Rabu.

Norazman berkata kedua-dua suspek yang bekerja sendiri tidak mempunyai rekod jenayah.

Mereka telah ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

“Kita percaya mereka dalam satu sindiket yang sama dan pihak polis masih membuat siasatan untuk mengesan saki baki kumpulan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kongsi Gelappolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd