Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Siasat Jemputan Program, Sebelum...

BAGAN DATUK - Pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Perak perlu merujuk jemputan ke...

Penyerang Terima AS$28,000 Sebelum...

WASHINGTON: Pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat kini sedang menjalankan siasatan berhubung...

Bahasa Kebangsaan Bukan Penentu...

PUTRAJAYA - Kejayaan dan kemajuan sebagai satu bangsa bukan hanya ditentukan oleh bahasa...

Dakwaan SPR Kurangkan Penolong...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said...

KPDNKK Terima 10,882 Aduan GST Sejak 1 April

GEORGETOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menerima 10,822 aduan daripada pengguna di seluruh negara sejak sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April lepas.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, setakat semalam, (17 April) sejumlah 4,672 aduan dibuat menerusi portal e-aduan manakala laman Facebook dan Twitter rasmi KPDNKK merekodkan 6,150 aduan.

“Dalam tempoh dua hari iaitu 16 dan 17 April kami dapati secara purata aduan yang diterima menurun sebanyak 29 peratus berbanding waktu mula-mula pelaksanan GST dahulu,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Antipencatutan (Ops Catut) GST di sekitar Batu Ferringhi, di sini hari ini.

Beliau berkata, kesedaran orang ramai dilihat semakin meningkat dengan 81,257 pengguna didapati memanfaatkan aplikasi ‘My Kira GST’ untuk menyemak perbandingan harga sebelum dan selepas GST.

“Selain itu sejak pelancaran aplikasi Ez-ADU Khamis lepas, sejumlah 1,819 pengguna telah memuat turun kemudahan itu di telefon pintar mereka dan ini satu perkembangan baik,” katanya.

Alias berkata 47 peratus aduan adalah mengenai kenaikan harga barang, 28 peratus melibatkan pengenaan GST terhadap kad prabayar, 12 peratus membabitkan pengusaha tidak mempamerkan nombor pendaftaran GST, lapan peratus mengenai caj perkhidmatan dan lain-lain kes lima peratus.

Beliau berkata susulan itu pihaknya telah menjalankan 114,467 Ops Catut di seluruh negara dengan purata 6,500 hingga 7,000 premis diperiksa setiap hari.


Katanya setakat ini KPDNKK telah mengeluarkan 614 notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga yang didapati menjual barang pada harga tidak munasabah.

“Bagaimanapun peniaga terbabit diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan dokumen berkaitan dan menyatakan sebab kukuh mereka menaikkan harga sebelum tindakan penguatkuasaan diambil,” katanya.

Beliau berkata setakat ini sejumlah 339 fail siasatan dibuka dengan 18 daripadanya telah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Alias, yang meluangkan masa hampir sejam dalam operasi melibatkan pemeriksaan beberapa hotel, restoran dan kedai itu, berkata beliau berpuas hati dengan kadar perkhidmatan yang dikenakan dan menyifatkan ia sesuai dengan demografi Batu Ferringhi sebagai pusat tumpuan pelancong. – BERNAMA

https://youtu.be/HNz9Ik-ne3g

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori