• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tikam: Ibu Tak Sangka Bekas Tunang Masih Berdendam

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Ibu kepada Nursyafikah Ahmad Ismail, 24, yang maut ditikam bekas tunangnya semalam tidak menyangka pemuda tersebut berdendam dengan anaknya.

Bedah Bontak, 63, berkata ini kerana lelaki berusia 20-an yang dikenali sebagai Zam itu bersungguh-sungguh meminta maaf daripada anaknya dan sempat makan tengah hari di rumah mereka sebelum kejadian.

“Dia datang ke rumah kami kira-kira pukul 11 pagi semalam dan memohon maaf daripada Nursyafikah kerana memutuskan pertunangan mereka.

“Agak pelik kerana dia muncul secara tiba-tiba selepas beberapa bulan menghilangkan diri. Namun kami sekeluarga tetap melayannya dengan baik dan menjamunya makan,” katanya di rumahnya di Felda Ulu Dengar di sini hari ini.

Beliau berkata pemuda berkenaan berada di rumahnya kira-kira dua jam sebelum dihantar pulang ke bandar Kluang oleh adik dan abang Nursyafikah.

Gadis tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya di sini maut selepas kepalanya terhantuk pada motosikal dipercayai akibat ditolak pemuda berkenaan dalam satu pertengkaran.

Mangsa kemudiannya ditikam dengan pisau dan meninggal di hospital.

[BACA: Gadis Maut Ditikam Bekas Tunang Di Parkir Pasaraya]

Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di pasar raya tempat mangsa bekerja kira-kira pukul 6 petang semalam.

Pemuda berkenaan dipercayai berasa cemburu kerana gadis tersebut sudah bertunang dengan orang lain.

Nursyafikah dikatakan bertunang dengan pemuda berkenaan tahun lepas sebelum putus enam bulan lalu.

Gadis itu kemudian bertunang pula dengan seorang pemuda lain awal tahun ini dan dijangka bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini.

Bedah turut mendakwa sepanjang pertunangan dengan suspek, anaknya dipercayai pernah dipukul beberapa kali.

“Anak saya berasa sangat kecewa apabila lelaki tersebut memutuskan pertunangan mereka dan tidak menghubunginya sehingga dia muncul semula semalam,” katanya.

Suspek kini sedang diburu polis.

Bedah berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Dengar hari ini.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad turut melawat keluarga mangsa.

– BERNAMA

https://youtu.be/Dp849cnrUM4

Tags: tikam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd