• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana ‘Muah Ciked’, Shila Amzah Didakwa Perli Ayda Jebat

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELALUI laman mikro Twitter peribadinya, penyanyi yang kini menempa nama di China, Shila Amzah mencipta isu baru apabila dikatakan menyindir pelakon Ayda Jebat.

Semuanya gara-gara ungkapan ‘muah ciked’ yang sememangnya popular terutama dalam kalangan peminat tegar aktres Suami Sebelah Rumah itu.

[TERDAHULU: Gambar Shila Amzah Peluk Erat Seorang Jejaka Disalah Erti]

Fikir-Masa-Depan-Ayda-Jebat-Mahu-Terlibat-Dengan-Dunia-Perniagaan-ROTIKAYA-700x467

Menyoroti Twitter Shila, pelantun lagu Masih Aku Cinta itu telah memuatnaik beberapa entri menyatakan dirinya ‘annoyed’ dengan terma tersebut.

Sentap kan? Nah, kalau ada yang masih lagi sangsi, bacalah sendiri tweet Shila ini…

https://twitter.com/Shilaamzah/status/585654392487030784

https://twitter.com/Shilaamzah/status/585659978976985088

Melalui komen-komennya bersama pengikut di laman tersebut, Shila turut menyatakan bahawa dia “geli” dengan penggunaan frasa tersebut oleh sesetengah pihak kini.

https://twitter.com/Shilaamzah/status/585656057558622212

Mungkin Shila hanya menyatakan pandangannya, namun isu ini menjadi besar apabila ada segelintir peminat Ayda Jebat ‘terasa’ yang ia ditujukan buat pelakon tersebut.

Al maklumlah, Ayda sering menggunakan kombinasi ‘muah ciked’ itu ketika berinteraksi bersama peminatnya…

Tak berdiam diri, Ayda yang pernah popular dengan drama Rindu Awak 200% bingkas menjawab isu tersebut. Nak tahu apa jawapan aktres itu?

Melalui portal Murai, Ayda berkata, “Saya tahu perkara ini menerusi peminat saya. Sejujurnya, saya rasa pelik. Saya sendiri tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa sebenarnya. Saya merasakan perkara itu adalah benda kecil yang tak perlu diperbesarkan dan tidak patut menjadi isu pun.

“Tetapi, saya rasakan semua orang tahu yang saya menggunakan perkataan ‘#muahciked’ untuk berinteraksi dengan peminat saya. Itu boleh dikira sebagai perkataan saya sendiri untuk bermesra dengan peminat. Semua artis pun ada ayatnya tersendiri untuk berinteraksi dengan peminat.

“Kini saya lihat ramai orang menggunakan perkataan yang sama dan tidak ada pertikaian mengenai perkara itu. Saya pun tak kisah orang mahu gunakan perkataan itu kerana ianya tak menjadi satu isu bagi saya.

“Bila ada tweet mengatakan ‘#muahciked’ menjengkelkan, saya rasa pelik, lagi-lagi dari individu yang mempunyai ramai followers.”

ayda 1 new

Ayda menambah, dia tidak mempunyai masalah dengan Shila malah tidak mengenali penyanyi itu secara rapat kerana tidak pernah bersua muka.

Ayda turut berkata, Shila bukanlah saingannya kerana telah menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi kenyataan di bawah:

“Bila Shila tweet perkara tersebut, banyak peminat yang ‘C.C’ saya. Walaupun saya tidak tahu tweet itu ditujukan kepada siapa, saya rasa perkara itu tidak patut. Dia ada banyak pengikut di Twitter.

“Saya sendiri sebelum tweet apa-apa perkara, saya akan fikir masak-masak terlebih dahulu. Kalau perkara yang tak perlu dan tak patut, saya tak akan tweet.

“Saya sendiri tak ada masalah dengan dia, tidak mengenalinya secara peribadi dan tidak pernah berjumpa dengan dia. Saya sendiri rasakan dia bukan saingan saya.

“Dia merupakan artis yang sudah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, saya pula hanyalah seorang pelakon yang mula mahu menapak dalam industri. Saya sangat hormati dia sebagai seorang artis senior.

“Saya enggan memanjangkan lagi perkara ini dan saya harap dengan penjelasan saya, isu ini terhenti.”

Rasanya, tindakan dan jawapan Ayda yang nyata tidak mahu memanjangkan isu ini layak dipuji kerana ia menunjukkan kematangan dirinya yang bukanlah tahap ‘budak sekolah’.

Biasalah, kadang-kadang isunya terlalu remeh untuk diperkatakan namun bila ‘die hard fans‘ campur tangan, cerita besar hama pun boleh jadi besar gajah, kan?

– MYNEWSHUB.CC

Persembahan Shila Amzah Di Anugerah Juara Lagu Ke-29

Tags: Ayda JebatkontroversiShila Amzahstatus twitter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Penerbit Mohon Maaf Isu Hina Jata Negara

30/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd