• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sang Bedal 600Kg Baham Kaki Nelayan Dibunuh

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH melakukan pemburuan selama tiga hari, seekor buaya yang membaham kaki nelayan dan menjadi punca kematian individu tersebut berjaya ditemui sebelum dibunuh.

Memetik laporan The Borneo Post, haiwan ganas itu telah menyerang dan membaham kaki seorang nelayan, Yusman Yusuf, 31, di Kampung Sungai Reban, Samarahan bulan lalu.

Akibat kecederaan parah yang dihadapi mangsa akhirnya meninggal dunia.

10623051_10152994444819998_3027561044973386633_n

Operasi yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Sarawak Forestry Corporation itu bermula Sabtu lalu dan berakhir pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah DSP Chung Aik Peng, reptilia berukuran 5.2 meter dan seberat 600kg itu dibunuh kira-kira 180 meter dari tempat mangsa diserang.

13388_10152994444874998_7214301561836135424_n

“Haiwan itu memiliki kecederaan di bahagian kepada, yang mana ia konsisten kerana telah ditikam bertubi-tubi menggunakan parang dan ia turut dikenal pasti saksi sebagai pemangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, misi tersebut turut menghapuskan dua ekor buaya lain yang ditemui dalam usaha menghapuskan serangan terhadap penduduk setempat.

26 Mac lalu, Yusman telah diserang seekor buaya ketika sedang menjala ikan bersama-sama rakannya.

Menyedari kejadian tersebut, rakannya terus terjun ke dalam air dan menikam buaya tersebut menggunakan parang sehinggalah ia melepaskan gigitan di tubuh Yusman.

Rakannya kemudian membawa Yusman yang cedera parah ke hospital. Pakar terpaksa memotong kedua-dua belah kaki mangsa akibat kecederaan teruk.

Walau bagaimanapun, Yusman akhirnya menghembuskan nafas terakhir 4 April lalu setelah ditahan di unit rawatan rapi di Hospital Besar Sarawak di Kuching.

– MYNEWSHUB.CC

Video Buaya Terbesar Di Dunia

https://www.youtube.com/watch?v=15NdvNab2wc

Tags: Buayameninggal duniasarawakserangan buaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd