• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Pengerusi ASEAN Akan Garis 8 Keutamaan – Anifah

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kenyataan Pengerusi ASEAN Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 akan menggariskan lapan perkara yang menjadi keutamaan pertubuhan 10 anggota itu, termasuk penubuhan Komuniti ASEAN secara rasmi menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata turut diberi keutamaan ialah menetapkan Wawasan Komuniti ASEAN Pasca 2015, membawa ASEAN lebih rapat kepada rakyat dan memperkasa serta memajukan usahawan kecil dan sederhana (SME) di rantau yang didiami kira-kira 633 juta penduduk itu.

Dalam wawancara melalui e-mel dengan Bernama, Anifah menjelaskan bahawa kenyataan itu juga akan menyentuh tentang usaha meluaskan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota ASEAN, memperkukuh institusi ASEAN, memperjuangkan keamanan dan keselamatan serantau serta mengukuhkan peranan ASEAN sebagai penggiat global.

“Kenyataan Pengerusi adalah perkara lazim dalam Sidang Kemuncak ASEAN,” katanya bagi menjawab soalan Bernama sama ada satu deklarasi akan dikeluarkan pada akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi pada 26 dan 27 April.

Anifah berkata, Malaysia juga mencadangkan agar para pemimpin ASEAN menerima pakai Deklarasi ASEAN yang Berpaksikan Rakyat mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global.

Bagaimanapun, perkara itu akan diputuskan para pemimpin ASEAN pada sidang kemuncak berkenaan, kata Anifah.

Bertemakan ‘Rakyat Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita, wawasan Malaysia sepanjang menjadi pengerusi ASEAN mulai 1 Jan tahun ini ialah untuk mewujudkan ASEAN yang berpaksikan rakyat melalui penyertaan semua lapisan masyarakat dalam kegiatan pertubuhan itu.

Sejajar dengan tema itu, sidang kemuncak ini akan turut diadakan di Langkawi bagi mendekatkan lagi ASEAN kepada rakyat.

Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, ASEAN kemudian turut dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: Anifah AmanASEAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd