• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Laksana Strategi Kukuh Bagi STEM

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata antara strategi itu termasuk meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran yang baharu, pemantapan kurikulum serta menggabungkan kemahiran berfikir aras tinggi.

“Inisiatif lain ialah meningkatkan kemahiran guru termasuk melatih mereka di sekolah rendah dan menengah untuk mengajar kurikulum yang disemak semula selain meningkatkan kesedaran ibu bapa berkenaan STEM”, katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Izani Husin (Pas-Pengkalan Chepa) yang meminta kerajaan menyatakan program khusus untuk melahirkan golongan saintis.

Kamalanathan berkata inisiatif pengukuhan STEM merupakan satu daripada 100 inisiatif utama dalam PPPM 2013-2025 dan mengambil kira Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 iaitu Aliran Sains/Teknikal:Sastera.

Dari sudut pelaksanaan kurikulum pula, beliau berkata kementerian mengambil beberapa langkah antaranya menambah bilangan soalan yang memerlukan kemahiran aras tinggi dalam peperiksaan mulai tahun 2013.

“Selain itu penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi meluas dalam bilik darjah, menambah bilangan waktu mengajar mata pelajaran Sains Tulen daripada empat waktu kepada lima waktu serta memperuntukkan satu waktu seminggu untuk guru Sains dan Matematik berkongsi amalan terbaik pengajaran”, katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian PendidikanP.Kamalanathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd