• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Cuba Hubungi Telefon Datuk Tan Selepas Kemalangan

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sejurus selepas berita nahas helikopter di Semenyih semalam tersebar yang turut meragut nyawa ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, ada di kalangan anggota keluarga terdekatnya cuba menghubungi telefon bimbitnya, kata seorang kenalan rapat keluarga mendiang.

“Mereka cuba menelefon telefon bimbitnya malam tadi apabila berita mulai tersebar kemungkinan beliau turut sama berada di dalam helikopter malang itu,” kata seorang kenalan rapat keluarga Tan yang enggan mendedahkan identitinya bagi menghormati keluarga Tan kepada media semalam.

“Panggilan telefon itu berdering, tetapi malangnya tiada sebarang jawapan,” katanya.

Sekumpulan media tempatan mula berkumpul di hadapan kediaman keluarga Tan di Taman Golf di sini, sejurus selepas berita tentang kemungkinan beliau turut terlibat di dalam kemalangan helikopter yang mengorbankan lima yang lain.

Suasana sedih dan muram menyelubungi rumah banglo dua tingkat milik keluarga ahli perniagaan itu yang terletak di kawasan perumahan eksklusif di sini, dengan ketibaan anggota keluarga terdekat dan sahabat-handai serta rakan perniagaannya.

“Isteri Datuk Tan masih berada di rumah bersama anak perempuannya, manakala anak lelakinya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat terkini tentang nasib yang menimpa bapanya,” menurut seorang anggota keluarga terdekat.

Beliau berkata, isteri Tan dan anak perempuannya berada di dalam keadaan yang amat sedih berikutan kejadian itu dan enggan bertemu dengan sekumpulan wartawan yang berkumpul di hadapan rumahnya sejak malam tadi.

“Beliau (isteri Tan) dan anak perempuannya terlalu sedih dengan apa yang telah terjadi,” katanya.

Menurut kenalan keluarga itu lagi, Tan telah berada di Kuala Lumpur semenjak seminggu lepas atas pelbagai urusan perniagaan dan dijangka pulang ke Alor Setar hari ini.

“Tan sepatutnya pulang hari ini untuk urusan di Alor Setar,” katanya.

Tan mengetuai syarikat pemaju perumahan SP Baiduri Sdn Bhd, yang menjalankan pelbagai projek perumahan di Kedah termasuk projek di bawah Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di Sungai Petani.

Syarikatnya yang berpangkalan di Sungai Petani difahamkan sedang membina lebih daripada 1,000 pelbagai unit kediaman di bawah Program PR1MA itu di Sungai Petani.

Turut sama terkorban di dalam kemalangan helikopter semalam itu adalah Pengerusi Perbadanan PR1MA Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Arsenal Tunggu Chelsea Buat Silap – Wenger

Next Post

Jangan Bina Rumah Mampu Milik Macam ‘Neraka’

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

Next Post

Jangan Bina Rumah Mampu Milik Macam 'Neraka'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd